final recall.

jangan ditanya apa mahu aku--
kerana kau tahu ini bukan apa aku pinta.

jangan ditanya apa ingin aku--
kerana kau tahu apa impian aku.

jangan ditanya--
jangan.
kerana kau tahu apa jawapan aku.

tapi aku sedang dan masih mencuba.
menanam benih subur--
agar hasilnya kelak, indah seperti yang didamba.
sihat seperti yang diimpikan.

zahirkan aku rasa itu,
rasa cinta terhadap apa aku miliki.

kerana setiap satu itu--
kurnia.
rezeki.

daripada yang Maha Esa. Allah.

No comments:

Post a Comment