kuatkan aku.

menunggu.
mana ada manusia yang suka menunggu.

sedangkan-- bilamana kita disuruh menunggu walaupun seminit,
pasti akan ada keluhan kecil yang kau ungkap.

hati ini.
diri ini.
yang terpaksa menanggung peritnya penantian.
siksanya menunggu.
sakitnya tertanya-tanya apa pengakhiran.

tapi aku kuatkan.
sebab adanya insan-insan kat tepi aku,
yang meyakinkan aku.
yang menguatkan aku.

dan aku tahu. aku ada ALLAH.

Setiap apa yang sudah Dia tetapkan untuk umatnya--
itulah yang terbaik.

Aku cuma mohon, berikan aku kekuatan.
ujian ini mampu aku tanggung, kerana aku tahu.
Kau tak akan menurunkan ujian yang tak tertanggung oleh umatMu.
dan yang pasti--
ujian ini, untuk mendekatkan lagi aku dengan Mu.

Tuhan yang maha Esa.

Ya Allah, maafkan aku. Andai air mata yang telah mengalir ini air mata peritnya menanggung ujian mu. Ampunkan aku, andai air mata ini tangisan untuk ujian Mu. Ampun. Andai air mata ini air mata tidak redha. Allah aku malu.

Aku taknak persoalkan apa hikmah sebalik semua ini.
aku taknak lagi terlalu meminta-minta dari Mu.

Sesungguhnya, You have a better plan for me.

Moga kelak, tiada lagi tangisan begini,
aku hanya ingin mengalirkan airmata, atas rasa syukur.
dengan setiap nikmatMu.

No comments:

Post a Comment