biasalah, nama pun beraya. kena diluangkan masa ke semua tempat-tempat belah mak bapak. jadi, dalam masa seminggu, rancangnya sampai raya keempat aku di sana, kira-kira 6 hari aku tinggal di Kuching, berbakikan 3 hari lagi aku akan beraya kat selangor. adil--
Tapi, dengan izin Dia yang maha Penyayang & maha Mengetahui setiap kejadian, yang cuma perlu di kun fayakun kan, di hujung-hujung nak dekat raya, aku dikhabarkan berita gembira. selepas saja raya, semester aku kena pergi sekolah pilihan masing2. utk aku jenis kaki duduk rumah, aku pilih utk buat kt sekolah lama aku dulu. tahap gembira dia tu sampai tak terkesan langsung ticket flight balik terengganu yg dah aku beli terpaksa dibuang mcmtu je. hahaha biarkan. so, dapatlah aku cuti yang tak berapa nak cuti tu utk dua minggu. jd lah kan?
raya pertama went well. mcm biasa, family emak (chinese) datang berkumpul kt rumah kitorang. makan2, borak2, lepak2. mcm biasa. tradisi tiap2 tahun. family angkat melayu pun dtg jgk. biasanya kalau beraya kat srwk, raya pertama tak berjalan pun. duduk rumah je, org yg akan dtg sbb rumah ada atok sedara. so depa mai lawat la.
raya kedua. baru laa start berjalan. seharian. tp dpt lawat sikit2 rumah je. taksempat. mcm mana nak sempat kalau setiap pit stop rumah tu punya berjam2. biasalah lama tak jumpa katanya. aku mengikut jee laaa. dan... menjelang ptg, dpt whatsapp group "Saran's waghihh"-- family belah daddy. makcik hantar gambar nenek kat klinik. pengsan. sakit perut teruk. and kena masuk air. neneks condition that time was--weak. mahu tak risau weh tgk nenek cantu. even aku jauh, aku dpt rasa nenek tgh sakit teruk. & rasa nak balik slngor waktu tu jugak. if possible. so i asked my cousin, why nenek jadi mcm tu. katanya, nenek terlampau letih. that day, nenek dah bangun before subuh lagi. sbb dia nak masak utk anak2 cucu2 & also utk adik beradik tiri dia yg nak dtg beraya. tahap excited dia nak jamu org tu, sampai tak sanggup nak kejut ank tlg dia masak. so btw, nenek memang tukang masak terhandal. dia masak sesorang, dan sedap. hari tu, nenek masak. nenek hidang org makan. nenek layan org. dan nenek lupa, dia belum makan.
raya ketiga. sambung beraya lagi. sambil2 tu masih tanyakan keadaan nenek. diorg kata nenek masih sama. tp getting better. diorg suruh kitorg jgn risau. taktahu, waktu diberitahu mcmtu, aku rasa diorg cuma nak sedapkan hati kitorg. sbb cuma kitorg je jauh waktu tu. anak2 nenek yg lain ada je dah kat rumah. disebabkan masih sakit, atok bwk nenek pi klinik swasta yg sama mcm semalam. masih dimasukkan air. sama. tak berubah cara dia rawat. tp nenek tetap sama. n she is even getting weaker. just whats wrong with the treatment?! tp kami masih tunggu. mungkin nenek tgh adaptkan diri dgn ubat tu. dlm masa sama, daddy ckp kalau boleh bwk nenek pi hosp terus. but no.
raya keempat. aku balik. pepagi lepas subuh, sibuk packing barang. flight around pukul 10. tgh dok kalut packing, tk sempat tanya pasal nenek. tak sempat pegang phone. dlm perjalanan nak pi airport, bukak whatsapp group, auntie inform nenek dibwak pergi hosp. sbb sesak nafas. again. terkejut. kenapa nenek sesak nafas. kenapa? sedangkan sebelum ni nenek cuma sakit perut. kenapa daripada sakit perut bebiasa, nenek boleh jadi mcm ni? aku down. aku mula fikir mcm2. aku wonder kenapa. dan aku risau. tp aku sedapkan hati aku. aku kuatkan. sbb aku taknak makin risaukan org keliling aku. dalam hati aku cuma mampu mengharap nenek tkde pape. tp, saat aku landing. aku bukak lg whatsapp group. nak ikut perkembangan. diorg cuma inform nenek kena tahan kat ward. bg aku, tk kisah lah. asalkan nenek boleh baik. aku ingat wad biasa je. family aku landing kat klia2 except for kakak. dia naik MAS. masa amik dia kat klia, aku tgk dia dah nangis2, aku terus taksedap. baru aku perasan, aku off data. aku taktahu menahu pasal perkembangan nenek. bila buka, ALLAH. nenek tenat. nenek penuh wayar sana sini. could u just imagine, in a blink of eye, nenek yg selama ni sihat, tak pernah sakit, tetiba jd mcm ni? Allahuakbar. aku tgk daddy, dia dah taksedap duduk. terus aku ckp kat mak, kita kena pi hosp terus. tkyah balik.. tkyah tukar baju apa bagai dah. mak pun ok. sampai je sana, aku tgk saudara aku semua dah nangis kat luar wad kecemasan. lepas mak daddy tgk nenek kt dalam, aku masuk dgn abg. jujur, aku tak kuat. terus aku nangis tak ingat dunia dpn nenek. wktu tu, aku hilang upaya nak pegang tangan nenek yg dah lemah tu. abg keluar, bg peluang kt kakak masuk. aku masih berdiri kaku sebelah nenek. mcm org bodoh. kakak cium dahi nenek. kakak bisik-- "nenek bangunlah, ira dah balik ni". makin aku sedih. terus aku keluar. bila keluar, aku baru tahu. rupanya sampai je kat hosital pg td, jantung nenek berhenti berdegup utk 4 minit. lama kot!! doctor marah, knp dah teruk baru nk dtg. nak buat mcm mana, benda dah jadi. aku tgk atok, asyik usap mata dia. sedih. we kept waiting for nenek that day sampailah diberitahu nenek kena masuk icu, sebab teruk sgt dah. nenek tk boleh bernafas dgn baik, organ dalaman banyak jangkitan kuman. and disebabkan jantung berhenti tu, nenek kena dipantau. tkut2 ada terkesan ke bahagian lain. nenek kena pakai alat bantuan pernafasan. dua tiub masuk melalui oesophagus. wire kat badan takpayah cerita lah banyak dia cemana. & mula dari situ, nenek koma........(masih panjang aku nak cerita, tp tak apa lah. aku tak sanggu nak nangis lagi dah ni, takat ni je pun aku dah nangis mcm apa je dah)
sejak hari itu, bermulalah perkampungan family kitorg kat unit ruang menunggu ICU. nenek sakit hari khamis, kalau diikut, hari sabtu aku dah kena balik. nasib baik lah ada PBS. kalau tk, memang aku ponteng kelas.
No comments:
Post a Comment