hidup dia sempurna.
kata mereka--
hidup dia bahagia.
kata mereka--
dia orang kaya-kaya.
dia punya wang banyak.
boleh dapat apa saja dia mahu.
macam ayaq liuq tu, kot?
kata mereka lagi--
dia tak ada masalah.
semuanya nampak okay.
senyum tak pernah lekang,
gelak tak pernah henti.
tapi tu kata mereka.
yang mereka nampak.
yang disimpan, siapa tahu?
No comments:
Post a Comment