Untuk insan seperti aku--
Ya.
Acapkali aku kongsikan
bahagianya alam perkahwinan,
indahnya nikah muda,
berkatnya hidup sebagai pasangan halal.
(WALAUPUN AKU SENDIRI BELUM KAHWIN)
But who cares kan?
Aku berkongsi, kerana aku tahu.
Itu benda betul.
Benda baik, kenapa tidak aku kongsikan?
Tapi, biasalah.
mentality.
orang kata aku mahu kahwin awal.
orang kata aku gatal.
orang kata aku terdesak mahu kahwin.
Dunia--
buat perkara halal, masih dianggap remeh.
Pada aku, YA.
Kalau mahu kahwin itu, kau perlu yakin kau sudah cukup.
Untuk sekurang-kuranya menanggung pasangan kalian (untuk si lelaki).
kiranya, tak perlu la kelak kau perlu bergantung pada orang lain.
itu memang betul. memang aku akui.
tapi kalau harta yang hendak dikumpul melebihi keperluan yang diperlukan, kerana dengan alasan untuk hidup senang lenang selepasnya disamping harta menimbun, apa yang kau kejar sebenarnya?
kekayaan atau keberkatan hidup bersama?
cukup. sekadar kau mampu. kerana dijanjikan kelak, bila berumahtanggan, akan Allah limpahkan rezekiNya kepada hambaNya yang mendirikan rumahtangga,
Eh. Ni janji Allah. siapa kau nak lawan?
Okay, macam ni la.
take it easy,
kalau kau masih ada banyak alasan--
terutama si lelaki.
Jangan bercinta.
Jangan dimainkan perasaan orang.
No comments:
Post a Comment