dalam hidup, aku percaya-- mendidik adalah benda paling mulia.

aku tak kisah, serendah mana orang pandang tahap profession guru.
sebab aku memang mahu jadi pendidik.

cuma aku kisah, kalau masih ramai orang anggap cikgu sebagai pilihan terakhir.
kalau orang masih rasa, ia sebagai satu konteks penyelamat buat orang yang masih buntu memilih profession apa dalam hidup, jadi kita silap. 

aku mahu orang tahu, kalau jadi cikgu bukan benda mudah.
kau perlu bagi hati, dan segala yang kau ada untuk kesanggupan berkongsi bersama insan-insan yang kau tak pernah kenal sebelumnya.
siapa? pelajar.

dari dulu, tumpuan utama aku adalah menjadi cikgu.
cuma atas bidang apa, takpernah pula aku sasarkan.
sebab aku memang mahu jadi pendidik.

Allah, permudahkanlah urusan aku.

No comments:

Post a Comment