kalau kau tanya pada mana-mana orang--

takkan pernah wujud pengecualian untuk sesiapa hidup tanpa masalah.
kalau pun kau nampak muka dia selalu dihiaskan dengan senyum, itu bukan lesen utama untuk kau anggap dia bebas masalah.

kau takkan pernah tahu apa dia rasa dalam hidup sehari-hari. kalau bukan harini, mungkin sebelumnya.
mungkin apa yang dia miliki harini-- keindahan senyum yang mampu dia ukir tiap-tiap hari-- adalah kerana kelamnya silam dia.
dan dia tahu, dia perlu sebarkan sayap cinta yang dia miliki supaya lain orang tak akan ada peluang merasa buruk nya dipinggarkan dari realiti.

walau macam mana rabak hati aku, kau perlu tahu--
aku tahu elemen cinta dalam hidup itu paling perlu.
jangan risau, kalau bukan aku--  orang lain tetap layak untuk bahagia.

dan aku, ada bahagia aku.

No comments:

Post a Comment